Friday, May 7, 2010

AKHIRNYA....

Lama laman ini telah ditinggalkan penghuninya, berhabuk dan berdebu. Hampir setengah tahun tiada khabar berita dari tuan empunya tanah. Ke mana hilangnya mereka? Yang pasti mereka masih setia pada tanah ini, cuma terlalu sibuk hingga terlupa segala yang ada di depan mata. Coretan kali ini diteruskan dengan salam SELAMAT KEMBALI....Tuan Tanah.

Sunday, December 13, 2009

Cuti


Bila sebut sahaja tentang cuti sekolah, ramai yang memikirkan tentang apa 'plan' waktu cuti panjang sebegini. Terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah juga guru-gurunya. Bagaimana hendak menggunakan waktu cuti ini dengan penuh manfaat. Tapi pernahkah kita terbayangkan apa yang terjadi ke atas sekolah bila semua orang bercuti. SUNYI. Itu lah yang cukup sinonim. Tiada kedengaran riuh rendah pelajar-pelajarnya dan juga guru-gurunya. Gambar yang ditunjukkan adalah gambaran sebenar keadaan sekolah bila ketiadaan insan di sekolah.

P/S: Gambar tersebut dirakamkan oleh Cikgu Guang sewaktu berkesempatan menjaga sekolah sewaktu cuti hujung tahun ini.

Takziah....


Pada 2 minggu lepas SK Ulu Poi, telah dikejutkan dengan kematian ibu kepada salah seorang pelajar SKUP. Ibu kepada adik Shakiramira ak Rami telah meninggal dunia. Seorang ibu tunggal. Menyedihkan kerana dia merupakan seorang ibu yang menjadi tempat bergantungnya harapan kepada seorang anak yang masih belum mengenal erti kehidupan. Anak yang ditinggalkan tanpa belaian kedua-dua orang tua. Pasti menyukarkan lagi kehidupan anak tersebut. Pihak sekolah mengucapkan sekalung ucapan TAKZIAH....buat keluarga adik Shakiramira. Apa pun harapan pihak sekolah agar adik Shakiramira tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Wednesday, November 25, 2009

UPSR 2009

Sekalung penghargaan diberikan kepada Warga SKUP kerana pada tahun ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR )telah mencapai keputusan yang agak memberansangkan. Kepada guru-guru yang banyak membantu dalam peningkatan peratus UPSR 2009 TERIMA KASIH diucapkan, begitu juga murid-murid Tahun 6 yang telah memberi kerjasama dalam meningkatkan keputusan UPSR ini. Ini adalah kesungguhan bersama......

Tuesday, November 24, 2009

MAPESIDA 2009 & SAMBUTAN ASC 2008

Pada 18 November 2009 lalu, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah
( MAPESIDA ) 2009 dan juga Majlis Sambutan Anugerah Sekolah Cemerlang ( ASC ) 2008.
Majlis ini diadakan secara serentak agar ia mendapat sambutan daripada ramai pihak, khususnya dari pihak Ibubapa. Tetamu jemputan pada petang tersebut adalah Mantan Guru Besar SKUP, iaitu Encik Peter Tingom, kerana segala kejayaan yang SKUP miliki adalah berkongsi bersama dengan beliau. Jasa tidak pernah dilupakan. Majlis sambutan pada petang itu dirasmikan oleh Guru Besar SK Ulu Poi sendiri iaitu Encik John Kebeng. Tapi pada majlis tersebut juga, SKUP sekali lagi kehilangan bintang, di petik pada awan lain. Cikgu Norlida binti Bujang ( PK KK ) akan meninggalkan SKUP dan berbakti di tempat lama beliau SK Rantau Panjang. Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan. Walaupun tidak direlakan tapi atas rasa tanggungjawab terpaksa SKUP relakan. Salam Perpisahan dari Warga SKUP.





Sunday, November 15, 2009

RIMUP 2009






Lagi sisipan lensa SKUP untuk RIMUP 2009....melibatkan murid-murid. Sorakan guru dan juga staf bukan guru menyemarakan lagi semangat anak-anak ini.....

RIMUP 2009






Rancangan Integrasi Murid Untuk perpaduan ( RIMUP )
Telah jayanya dianjurkan oleh Unit HEM SKUP pada 21 Oktober dan 22 Oktober 2009 lepas.
Banyak aktiviti yang cukup menarik dianjurkan. Seronok!! Seluruh warga SKUP terlibat.
Antara yang menjadi perhatian adalah FUTSAL antara staf.....memang semput kalau tak tahan main futsal waktu panas membingit...tapi semangat KERJASAMA memang kuat dikalangan warga SKUP. Syabas kepada pihak HEM. Selain daripada futsal, permainan tradisional juga dijalankan antaranya;
1. Lari dalam guni
2. Memancing tin
3. Tarik upih(guni)
4. Berjalan atas batu-bata
5. Menyepit kacang hijau guna sepit cina

Friday, October 16, 2009

Hari Raya Aidilfitri.....Julung kali

Seminggu berlalu selepas sambutan Hari Raya, julung kali dalam sejarah SKUP, sambutan Hari Raya telah disambut dengan meriah oleh Warga SKUP. Sambutan ini dianjurkan oleh semua Guru yang beragama Islam. Warga SKUP disajikan dengan pelbagai juadah yang lazat. Lampu kelip-kelip sinonim dengan setiap sambutan begitu juga lampu minyak tanah. Semuanya serba lengkap. SELAMAT HARI RAYA....








Sepanjang Bulan September

Minggu Kecemerlangan Asrama berlangsung selama 2 hari, memuncakkan segala aktiviti yang telah dirancang pada Semester I dulu. Ini merupakan aktiviti kesinambungan dari Semester I. Antara aktiviti yang yang berlangsung;

1. Penglipulara
2. English Quiz
3. Kuiz Bahasa Malaysia




Peserta yang mendapat tempat, menerima hadiah dari Guru Besar ( Encik john )sambil disaksikan oleh Cikgu Amira (Kiri).




Adik Sheila merupakan salah seorang peserta dari tahap 2 yang turut mengambil bahagian.



Sokongan dari Guru Rmuah Sukan masing-masing.
Dari Kiri Cikgu Donny dan Cikgu Afandi



Ala...Senanng jer tu dik. Pejam mata pun dapat buat



Para peserta seronok menjawab soalan yang diedarkan..

Thursday, September 10, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Warga SKUP menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh kemeriahan. Walaupun jauh ianya tetap meriah dan memberikan makna yang cukup mendalam antara anak wawasan yang hadir. 1 Malaysia yang digarap Perdana Menteri memberikan pengertian sebenar MALAYSIA. Jom Merdekakan diri kita.......Selamat Merdeka!!