Monday, June 22, 2009

Sampai di sini.....

Lambaian beralun meniti hati yang kosong
meninggalkan jejak yang paling mendalam
tidak dapat kami melawan segala kesepian
janji kami apa pun yang terjadi, kami
tetap berjalan tanpa henti
kepergian mu tak akan merubah apa pun
itu lah rukun yang kami kiblatkan
walau tiada gurau meniti bibir
aliran sepi sungai Poi, kami tetap
menahan hati dari terus menyepi
kerana kehadiran kau dahulu
membangkitkan seribu kejayaan
berulam semangat membara
Terima Kasih atas jasa dan pengorbanan.....




Yang meninggalkan......

Melangkah kaki meninggalkan SK ULU POI dengan lambaian manis dan pilu dari warga SKUP bukan lah beliau minta, tetapi atas rasa tanggungjawab dan tugas beliau akur dengan perpisahan ini. Bagi warga SKUP ia nya begitu asing sekali kerana akan kehilangan seorang Guru yang cukup komited dan bertanggungjawab dalam tugas. Berat rasa hati di atas perpindahan beliau ke sekolah baru. Tetapi kenyataan itu lah yang harus diterima oleh yang ditinggalkan. Jauh di sudut hati warga SKUP sebenarnya tidak merelakan kepergian beliau. Namun, kita tiada hak untuk menghalang......cuma rasa sedih dan kosong terbit di ufuk hati. Harapan dari WARGA SKUP agar beliau gembira dan ceria di tempat baru. Terima kasih dan salam perpisahan buat Cikgu Peter Tinggom ( Guru Besar )

Yang ditinggalkan

Bila sahaja beliau melangkahkan kaki melimpasi komentar SELAMAT JALAN, sebak rasa di hati. Yang ditinggalkan memang akan terasa kehilangan. Bagaimana warga SKUP meniti hari-hari yang mendatang tanpa bimbingan beliau? Perpisahan beliau memang tidak direlakan, masih banyak lagi yang perlu kami belajar daripada beliau. Rasa bagaikan mimpi bila mengetahui yang beliau akan dipindahkan. Tiada lagi gurau senda beliau bersama dengan warga SKUP, pasti ia membuahkan kekosongan nanti. Apa pun warga SKUP sedaya upaya untuk mengingati setiap tunjuk ajar beliau dari seluruh aspek.